Vincent Tan saman Sanusi RM200 juta, tuntut permohonan maaf

author
1 minute, 5 seconds Read

KUALA LUMPUR: Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan menuntut permohonan maaf secara terbuka serta pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia susulan kenyataan berunsur fitnah didakwa dibuat Muhammad Sanusi mengenai projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Syarikat itu dalam satu kenyataan merujuk dakwaan-dakwaan Sanusi ketika Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, minggu lalu kononnya wujud skandal antara Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan Vincent untuk melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, Sanusi yang menggelar Vincent sebagai tauke mendakwa, pengasas Berjaya itu akan memperoleh tanah 600 hektar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan negeri sekitar RM180 juta.

Kumpulan Berjaya dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat.

“Sekiranya Sanusi gagal mematuhi tuntutan itu menjelang 8 Ogos ini, satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

Menurut kenyataan itu lagi, Vincent dan Berjaya Land turut membuat laporan polis terhadap Sanusi dan beberapa individu seperti seperti blogger Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard), dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Projek SMG.

“Tuduhan-tuduhan yang di lemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *