BNM serap lebihan mudah tunai RM40.03B dalam sistem konvensional, RM32.56B dana Islam

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 28 hari, dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.94 bilion untuk 28 hari dan RM800 juta untuk 91 hari.

BNM akan turut menjalankan tiga tender Qard, terdiri daripada tender bernilai RM1.6 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1 bilion untuk 14 hari dan tender bernilai RM600 juta untuk 21 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM28.4 bilion.

  • Infante

    Related Posts

    • Ekonomi
    • January 20, 2025
    • 367 views
    Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

    KUALA LUMPUR: Malaysia catat rekod tertinggi perdagangan RM2.879 meningkat kepada 9.2 pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport melebihi…

    • Ekonomi
    • January 8, 2025
    • 317 views
    Kerajaan perkenal insentif cukai istimewa tarik pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

    KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan kadar cukai korporat isitimewa 5% bagi tempoh sehingga 15 tahu menerusi pakej insentif cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM