Bursa Malaysia pulih menjelang pengumuman kadar faedah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat kembali untuk dibuka lebih tinggi sedikit hari ini menjelang keputusan kadar faedah Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini.

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.88 mata kepada 1,453.56 daripada penutup semalam pada 1,452.68.

Indeks utama dibuka pada paras 1,453.97, menambah 1.29 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 150 berbalas 135, manakala 228 kaunter tidak berubah, 1,717 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 185.14 juta unit bernilai RM658.42 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur bagaimanapun akan lebih berhati-hati dan menantikan ulasan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell sebelum testimoni kongres.

“Pelabur mengambil sikap untuk mengelak risiko sebelum testimoni kongres di AS,” katanya.

Mengenai sektor tumpuan, firma pembrokeran itu berkata sektor tenaga diunjur untuk terus mencatatkan keuntungan daripada sesi sebelumnya memandangkan harga minyak mentah semakin tinggi.

Sementara itu, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.71, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.11, dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.34, manakala CIMB dan Petronas Chemicals susut satu sen setiap satu kepada RM5.58 dan RM7.29.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada 14.5 sen, Minda Global dan Jade Marvel masing-masing meningkat satu sen kepada 14 sen dan 31.4 sen, Velesto Energy tidak berubah pada 24 sen dan Boustead Holdings merosot setengah sen kepada 85.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.23 mata kepada 10,606.20, Indeks FBM 70 memperoleh 6.09 mata kepada 13,513.12, Indeks FBMT 100 menambah 5.83 mata kepada 10,281.67.

FBM Emas Syariah pula menokok 5.03 mata kepada 10,858.49 dan Indeks FBM ACE lemah 16.38 mata menjadi 5,460.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.69 mata kepada 16,120.65, Indeks Perladangan menambah 5.78 mata kepada 6,884.96, dan Indeks Tenaga memperoleh 2.65 mata kepada 892.60.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.42 mata kepada 178.57.

-BERNAMA

  • Sequeira

    Related Posts

    • News
    • April 15, 2025
    • 16 views
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

    • News
    • April 9, 2025
    • 82 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM