Pegawai penyelidik dakwa SPRM tawar RM10 juta dihadap ke mahkamah

  • Kes
  • March 7, 2023

Seorang pegawai penyelidik yang membuat dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mohamad Shafiq Abdul Halim, 32, yang juga pemerhati politik didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi perintah menghadirkan diri untuk diperiksa secara lisan berhubung kes yang disiasat SPRM.

Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mohamad Shafiq didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 3 Mac lepas mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

“Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah supaya mengeluarkan satu perintah larangan agar tertuduh tidak membuat sebarang komen atau ulasan bersifat subjudis terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh,” katanya.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh membantah permohonan pendakwaan berhubung perintah larangan tersebut dengan alasan ia agak keterlaluan kerana hanya mahkamah yang akan menentukan isu subjudis.

“Kes ini sudah mendapat perhatian media dan jika pendakwaan bercadang memohon perintah larangan itu, ia perlu dibuat secara permohonan rasmi di mahkamah,”katanya.

Suzana bersetuju dengan pembelaan supaya pihak pendakwaan memfailkan permohonan secara rasmi.

Beliau membenarkan Mohamad Shafiq diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 7 April untuk sebutan kes.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pegawai penyelidik ditahan SPRM dan dia dikatakan mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Wan Saiful.

— BERNAMA

  • Sequeira

    Related Posts

    FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

    Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

    FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

    Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat