Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus, galak permintaan domestik

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

 “MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.

“MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan,” memetik kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Malah, BNM memaklumkan, MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan.

ni adalah kali kedua MPC memutuskan untuk tidak menaikkan OPR selepas mesyuarat pada 19 Januari lalu turut mengambil keputusan yang sama.

Pada 2022, MPC telah menaikkan OPR sebanyak empat kali dengan 0.25 mata asas bagi setiap kenaikan.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan keputusan mengekalkan kadar tersebut adalah positif.

“Pengekalan seharusnya positif kerana dasar monetari yang akomodatif akan bersifat menyokong pertumbuhan disebabkan kos pembiayaan yang kekal rendah.

“Seharusnya ia akan menggalakkan permintaan domestik,” tambahnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    KUALA LUMPUR – Johor kini menjadi hab utama pusat data (DC) negara dengan kapasiti sah mencecah kira-kira 1,473 megawatt (MW), menurut laporan pasaran semasa oleh DC Byte. Berdasarkan laporan Asia…

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    • October 27, 2025
    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    • October 27, 2025
    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    • October 7, 2025
    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

    • October 3, 2025
    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah