Sapura Energy, 22 anak syarikat diperintah bertemu pemiutang

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd dan 22 anak syarikat milik penuhnya (secara bersama dipanggil sebagai syarikat) mendapat perintah baharu daripada mahkamah untuk mengadakan mesyuarat dengan setiap pemiutang masing-masing.

Syarikat itu juga mendapatkan perintah larangan mengelak tindakan atau prosiding undang-undang diambil terhadap mana-mana satu daripada mereka untuk tiga bulan bermula 11 Mac 2023.

Perintah larangan oleh mahkamah yang diberikan pada 10 Mac 2022 (dan dilanjutkan pada 8 Jun 2022) akan berakhir esok.

“Perintah larangan baharu ini akan memberikan kesan untuk mengelak prosiding undang-undang diambil terhadap syarikat, membolehkan mereka berbincang dengan pemiutang mengenai usaha penstrukturan semula hutang tanpa diganggu oleh ancaman berdepan prodising undang-undang,” kata Sapura Energy dalam satu kenyataan.

Keputusan mahkamah itu juga termasuk pelantikan berkuat kuasa pengarah bebas bukan eksekutif sedia ada Sapura Energy, Lim Fu Yen sebagai pengarah dilantik majoriti pemiutang dalam lembaga pengarah Sapura Energy dan 22 anak syarikat.

Beliau akan menggantikan Cosimo Borrelli, yang terma pelantikan di bawah perintah mahkamah terdahulu berakhir esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Anuar Taib memperakui proses rundingan yang panjang dan berterima kasih kepada penyedia pinjaman serta pemiutang perniagaan di atas kerjasama mereka sejak setahun lalu.

“Ini menjadi perjalanan yang sukar dan kami kini berada di persimpangan. Kami perlu memberikan tawaran yang adil kepada penyedia pinjaman, dan pada masa sama memastikan bahawa pemiutang perniagaan kami, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia, tidak terjejas dari segi kewangan,” katanya.

Sapura Energy berkata, ia telah membuat kemajuan ketara dalam Pelan Penyusunan Semula sejak 12 bulan lalu, apabila memberikan tumpuan untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula hutang dan memulihkan operasi.

“Di sebalik modal kerja terhad dan cabaran makroekonomi, prestasi kewangan kumpulan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun fiskal terdahulu, dengan semua segmen mencatatkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dalam tiga suku pertama tahun kewangan 2023,” katanya.

Setakat suku ketiga tiga tahun kewangan 2023, kontrak dalam tangan kumpulan berjumlah RM6.8 bilion, dengan kontrak yang dimenangi pada tahun itu berjumlah RM3.4 bilion.

Kontrak dalam tangan entiti-entiti kawalan bersamanya pula berjumlah RM5.7 bilion lagi.

Sapura Energy menyiapkan sebanyak 45 projek untuk pelanggan pada tahun kewangan 2023, dan 11 pelantarnya kini dalam kontrak di Malaysia, Thailand, Brunei serta Afrika Barat.

“Kumpulan mengekalkan keupayaannya di sebalik kekangan kewangan, sekali gus meningkatkan lagi prospek syarikat. Penerima manfaat pemulihan ini termasuk vendor kami dan keseluruhan rantaian nilai di mana kami beroperasi,” kata Anuar.

  • Coelho

    Related Posts

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis