Nilai urus niaga hartanah hampiri rekod tertinggi

Jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia pada 2022 berkemungkinan melebihi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebanyak RM161 bilion pada 2014, didorong oleh pemulihan dalam permintaan.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Ahmad Zamzuri Kamarudin, berkata setakat suku ketiga 2022, jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia hampir RM141 bilion yang dicatatkan pada 2021.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara akan mengumumkan angka 2022 minggu depan, katanya kepada kepada pemberita di Konvensyen Tahunan Hartanah Kebangsaan di sini, hari ini.

“Kami menjangkakan 2022 akan melepasi angka berkenaan berikutan suku ketiga 2022 yang positif dan susulan momentum itu kami menjangkakan pasaran hartanah akan kekal positif pada 2023,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIEA, Chan Ai Cheng berkata keyakinan pembeli nampaknya telah kembali apabila jumlah pertanyaan untuk penyewaan dan jualan telah meningkat pada suku terakhir 2022.

Beliau berkata, sentimen telah pun bertukar positif sejak Disember tahun lalu berdasarkan tinjauan sentimen MIEA.

Ai Cheng menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lalu nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia.

“Walaupun keadaan ekonomi yang suram, ejen dan pemain tempatan kami bersikap positif untuk tahun 2022.

“Kira-kira separuh daripada mereka berpendapat bahawa tahun 2023 akan menjadi lebih baik,” katanya.

-BERNAMA

  • Infante

    Related Posts

    Pelantikan Sultan Johor sebagai Agong ke-17 pemangkin sentimen positif pelabur di dalam sektor hartanah dan infrastruktur

    KUALA LUMPUR: Pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disifatkan menjadi satu daripada pemangkin memperkasa semula pembangunan infrastruktur dan hartanah, khususnya di Johor. Firma penyelidikan…

    Kenaikan OPR beri sedikit impak negatif kepada sektor hartanah, kata MIDF Research

    KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei 2023 memberi sedikit impak negatif kepada sektor hartanah kerana ansuran pinjaman perumahan yang lebih tinggi. Firma itu menganggarkan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    • October 27, 2025
    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    • October 27, 2025
    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    • October 7, 2025
    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

    • October 3, 2025
    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah