Jualan borong, runcit meningkat kepada RM135.1 bilion

PUTRAJAYA: Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 12.4 peratus pada Januari 2023 kepada RM135.1 bilion pada Januari lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan berbanding bulan yang sama tahun lalu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM10.6 bilion atau 21.7 peratus kepada RM59.6 bilion. 

Beliau berkata, kenderaan bermotor juga berkembang dengan 20.1 peratus atau RM2.5 bilion kepada RM15.2 bilion. 

“Dalam tempoh yang sama, perdagangan borong meningkat 3.1 peratus atau RM1.8 bilion kepada RM60.4 bilion. 

“Walau bagaimanapun, bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit menurun 1.6 peratus, terutamanya disumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor yang merosot 13.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Mohd Uzir berkata, pertumbuhan subsektor perdagangan runcit sebanyak 21.7 peratus pada Januari disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 24.6 peratus atau RM4.5 bilion kepada RM22.7 bilion. 

Katanya, kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan (29.1 peratus), jualan runcit bahan api kenderaan (45 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (10.9 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau (17.5 peratus), jualan runcit peralatan komunikasi dan maklumat (6.4 peratus), jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (10.9 peratus), jualan runcit di gerai dan pasar (19.8 peratus) serta jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi (0.4 peratus). 

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 0.2 peratus,” katanya.

Beliau menambah, pertumbuhan 20.1 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor pada bulan berkenaan disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor yang meningkat 25 peratus atau RM1.5 bilion kepada RM7.7 bilion. 

Katanya, ini diikuti oleh jualan komponen & aksesori kenderaan bermotor (15.9 peratus), penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (16.8 peratus) serta jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal (12.1 peratus). 

“Walau bagaimanapun, bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini menurun sebanyak 13.4 peratus, dipengaruhi oleh penurunan jualan kenderaan bermotor yang merosot 23.4 peratus,” katanya.

Mengenai subsektor perdagangan borong, Mohd Uzir berkata kenaikan 3.1 peratus disumbangkan oleh jualan borong barangan isi rumah yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM1 bilion atau 8.6 peratus kepada RM12.8 bilion. 

Ini, katanya diikuti oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau (7.6 peratus) dan jual borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (12.8 peratus). 

Sebaliknya, beliau berkata lain-lain pengkhususan jualan borong dan jualan borong jentera, peralatan dan bekalan masing-masing merekodkan penurunan 2.8 peratus dan empat peratus. 

“Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong meningkat 0.1 peratus yang disumbangkan terutamanya oleh jualan borong barangan isi rumah yang meningkat 4.4 peratus atau RM500 juta kepada RM12.8 bilion,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    Penamatan kontrak NIISe ‘tak sah, KDN langgar undang-undang’, kata Iris

    undang”.

    Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, katanya, anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) menghantar surat itu selepas mendapat nasihat undang-undang.

    • Utama
    • June 12, 2023
    • 97 views
    Wan Suraya CEO IIM dilantik Ketua Audit Negara

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu, berkuat kuasa esok. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    • October 22, 2024
    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    • October 22, 2024
    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    • October 21, 2024
    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    • October 21, 2024
    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025