Malaysia tak terkesan terus keruntuhan Silicon Valley Bank

KUALA LUMPUR: Keruntuhan bank Amerika Syarikat (AS), Silicon Valley Bank (SVB) boleh memberikan sedikit kesan kepada Malaysia walaupun pada skala lebih kecil jika perkembangan itu menjejaskan pasaran modal dan perbankan negara itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata Malaysia bagaimanapun mungkin tidak mengalami kesan secara langsung daripada keruntuhan bank ke-16 terbesar di AS itu memandangkan tiada syarikat Malaysia yang mempunyai simpanan di bank berkenaan.

“Rata-rata hanya syarikat pemula besar di Silicon Valley yang mempunyai akaun di SVB,” katanya dalam satu hantaran di Twitter bagi menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan gelombang keruntuhan bank di AS itu boleh melanda pasaran kewangan di negara ini. 

SVB adalah bank runcit terbesar yang mengalami kegagalan sejak krisis kewangan 2008.

Masalah di bank itu meningkat selepas kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) yang berlanjutan selama setahun bermakna sekuriti yang dimilikinya dijual pada harga yang jauh lebih rendah, masalah yang mungkin akan dihadapi oleh bank-bank lain.

Keruntuhan SVB, yang memberikan pengkhususan kepada pembiayaan modal teroka terutamanya dalam sektor teknologi, berlaku selepas pendeposit mengeluarkan sejumlah besar simpanan sehingga menyebabkan ia tidak boleh beroperasi sendiri.

Semalam, pengawal selia di New York berkata mereka telah menutup operasi satu lagi bank, Signature Bank.

Krisis itu memaksa Fed, Jabatan Perbendaharaan dan Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) berikrar untuk melindungi sepenuhnya semua pendeposit dan memberikan sokongan kepada mana-mana bank yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan tunai, dengan menyediakan terma lebih mudah untuk pinjaman jangka pendek.

  • Sequeira

    Related Posts

    99 Speed Mart Tidak Tolak Peluang Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara

    KUALA LUMPUR: 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd, yang baharu disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini, tidak menolak rancangan mengembangkan perniagaannya ke Asia Tenggara jika peluang yang sesuai…

    21 Individu Ditahan Terlibat Penipuan Kripto Sasar Warga Jepun

    KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membongkar sebuah pusat panggilan penipuan pelaburan kripto yang dipercayai menyasarkan rakyat Jepun, selepas serbuan berasingan ke atas dua hartanah mewah di ibu negara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia