Krisis perbankan merebak ke Eropah, Credit Suisse pula kena

WASHINGTON: Credit Suisse sedang mengambil ‘tindakan tegas’ untuk mengukuhkan kecairan asetnya dengan meminjam sehingga AS$54 bilion (RM241.82 bilion) daripada bank pusat Switzerland selepas saham menjunam teruk, meningkatkan kebimbangan mengenai krisis deposit bank yang lebih luas.

Kemelut bank Switzerland telah mengalihkan tumpuan pelabur dan pengawal selia dari Amerika Syarikat ke Eropah, di mana Credit Suisse mendahului penjualan saham bank selepas pelabur terbesarnya berkata ia tidak dapat memberikan lebih banyak bantuan kewangan kerana kekangan peraturan.

Pengawal selia di negara yang menjadi pusat perbankan swasta itu pada Rabu telah berusaha untuk meredakan kebimbangan pelabur Credit Suisse, namun menambah kebimbangan yang lebih meluas rentetan daripada kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank, dua firma bersaiz sederhana AS pada minggu lalu.

Pasaran saham Asia menjejaki kejatuhan Wall Street pada Khamis dan pelabur beralih membeli emas, bon dan dolar, justeru menyebabkan pasaran tidak menentu menjelang mesyuarat European Central Bank (ECB) tidak lama lagi.

Pengumuman bank pada awal pagi waktu Eropah membantu mengurangkan sedikit kerugian itu walaupun dagangan kekal tidak menentu.

Dalam kenyataannya awal Khamis, Credit Suisse berkata ia sedang melaksanakan opsyen untuk meminjam daripada Swiss National Bank sehingga 50 bilion franc Swiss (RM241.82 bilion).

Tumpuan pelabur kini tertumpu kepada sebarang tindakan oleh bank pusat dan pengawal selia lain di Asia untuk memulihkan keyakinan dalam sistem perbankan serta sebarang pendedahan perniagaan serantau yang berkaitan Credit Suisse.

Dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu, pengawal selia kewangan Switzerland FINMA dan bank pusat negara itu berusaha untuk mengurangkan kebimbangan pelabur Credit Suisse, dengan mengatakan ia “memenuhi keperluan modal dan kecairan yang dikenakan ke atas bank-bank yang mana sangat penting.”

Mereka berkata bank itu boleh mengakses kecairan daripada bank pusat jika perlu.

Credit Suisse berkata ia mengalu-alukan kenyataan sokongan daripada Swiss National Bank dan FINMA.

Credit Suisse akan menjadi bank global utama pertama yang diberi talian hayat sebegitu sejak Krisis Kewangan 2008 – walaupun bank pusat telah meningkatkan kecairan secara umumnya kepada bank-bank di negara itu untuk berdepan tekanan pasaran termasuk wabak COVID-19.

Penutupan SVB minggu lalu, diikuti oleh Signature Bank dua hari kemudian, menyebabkan saham bank global tidak menentu pada minggu ini, dengan pelabur menolak jaminan daripada Presiden AS Joe Biden dan langkah kecemasan yang memberikan bank akses kepada lebih banyak pembiayaan.

FINMA dan bank pusat Switzerland berkata tiada tanda-tanda risiko langsung penularan krisis itu kepada institusi kewangan Switzerland.

Terdahulu, saham Credit Suisse mendahului kejatuhan 7.0 peratus dalam indeks perbankan Eropah.

Pelabur menjual saham mereka susulan kebimbangan ancaman yang lebih luas kepada sistem kewangan, dan dua sumber penyeliaan memberitahu Reuters bahawa ECB telah menghubungi bank-bank untuk menyoal mereka tentang pendedahan kepada Credit Suisse.

Perbendaharaan AS juga berkata ia memantau keadaan sekitar Credit Suisse dan berhubung dengan rakan sejawatan global, kata jurucakap Perbendaharaan.

  • Coelho

    Related Posts

    Idris Buang: Kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, kestabilan politik jika Petronas bawa Sarawak ke mahkamah

    KUALA LUMPUR: Jika Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memutuskan untuk mencabar kuasa Sarawak ke atas sumber aslinya di mahkamah, akan ada kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia secara keseluruhan, kata Datuk Idris…

    90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

    KUALA LUMPUR: Kira-kira 90% usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan. Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    • September 13, 2024
    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    • September 12, 2024
    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    • September 12, 2024
    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    • September 11, 2024
    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    The ART of Deception? – Ernest Wong

    • September 10, 2024
    The ART of Deception? – Ernest Wong

    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    • September 10, 2024
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM