PKNS sasar 10 usahawan tempatan tembusi pasaran antarabangsa tahun 2023

JAKARTA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan menyasarkan sekurang-kurangnya 10 usahawan untuk berjaya menembusi pasaran antarabangsa tahun ini.

Bagi mencapai tujuan itu, usahawan bimbingan PKNS akan dijemput menyertai beberapa ekspo luar negara seperti Salon International de l’alimentation (SIAL) Canada yang akan berlangsung pada Mei depan.

SIAL Canada merupakan pameran terbesar industri makanan di Kanada.

“Tahun ini kami berhasrat melahirkan usahawan yang berdaya saing melalui penyertaan di expo dan pameran antarabangsa,” kata Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof.

PKNS telah menambah nilai tambah kepada program yang dilaksanakan sejak 2022 dengan menyediakan platform bagi membantu usahawan mengembangkan sayap perniagaan di luar negara.

Sejak 1995, pihaknya telah melaksanakan 20 program keusahawanan yang memfokuskan pembangunan usahawan khususnya di Selangor.

Terbaharu, 12 syarikat yang beroperasi di Selangor melibatkan 22 produk menyertai pameran Info Franchise and Business Concept (IFBC) 2023 untuk mengintai peluang perniagaan di pasaran Indonesia.

Pameran tiga hari berakhir 12 Mac di ICE BSD Tangerang, Banten disertai pengusaha kafe berjenama Qidot Cafe dan penyedia lauk segera berasaskan tempoyak jenama Mak Uda – “Patin Temerloh”.

Menurut Yuzawati program julung kali melibatkan sesi padanan perniagaan (B2B) di IFBC berjaya meningkatkan pengetahuan pasaran dan kerjasama usahawan di kedua negara.

Program di IFBC mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Jakarta, dan Malaysia Chambers Jakarta (MCJ) yang memupuk jaringan perniagaan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kami sentiasa menyokong program ini dan akan cuba membantu usahawan meneroka potensi pasaran di sini,” kata Presiden MCJ, Raja Elona Safinaz Raja Safian.

Goncalves

Related Posts

Dr Azizan Osman tawar khidmat bimbingan perniagaan kepada Datuk Red bantu keluar dari kebankrapan

Datuk Red (kanan) bersama Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman (tengah) ketika diumumkan menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan (kiri) baru-baru ini

Kopa Group sasar tembusi lebih banyak negara Eropa

BERLIN: Pengeluar pakaian dari Malaysia, Kopa Group, menyahut cabaran untuk menembusi lebih banyak pasaran di Eropah, termasuk Jerman, negara pengeluar jenama sukan terkenal Adidas dan Puma. Ketua Pegawai Kewangannya, Nik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

  • November 22, 2024
Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

  • November 22, 2024
Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3