Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 untuk B40, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.

Anwar berkata perkara itu merupakan perubahan yang dilakukan kerajaan perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Kita buat perubahan untuk golongan B40, walaupun tahun lalu semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk B40 (kos haji) naik RM1,000. Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, saya kira-kira rasanya untuk B40 tak perlu.

“Jadi kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan supaya orang (B40) boleh pergi (menunaikan ibadah) haji tanpa kenaikan (kos),” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini hari ini.

Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar kos haji sepenuhnya.

“Jadi ini cara kita melihat yang tidak dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini kerana tahun sebelumnya masih naik (kos haji),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang.

Sequeira

Related Posts

  • News
  • October 18, 2024
  • 43 views
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar…

  • News
  • October 18, 2024
  • 43 views
Belanjawan 2025: Kerajaan naikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa sawit

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150, kata Perdana Menteri. Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula kepada RM3,650 bagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya