Niaga hadapan KLCI dijangka bergerak seiring dengan prestasi pasaran tunai minggu depan

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus bergerak seiring dengan pergerakan di pasaran tunai pendasar minggu depan.

Menurut para peniaga, Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan tetapi penilaian berpatutan FBM KLCI dijangka menarik pembeli yang membeli saham berharga rendah. 

Bagi minggu yang baru berakhir ini, kontrak Mac 2023 dan April 2023 turun 2.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,412.0 dan 1,414.0. 

Kontrak Jun 2023 turun 1.5 mata kepada 1,415.5 dan September 2023 jatuh 3.5 mata kepada 1,404.5. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 45,893 lot daripada 27,858 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,463 kontrak daripada 27,858 kontrak.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 21.35 mata kepada 1,411.73 daripada 1,433.08 pada minggu sebelumnya.

— BERNAMA

Sequeira

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura