Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dalam jajaran RM3,800 hingga RM4,100.

Peniaga minyak sawit David Ng memberi tahu Bernama, momentum meningkat itu disebabkan terutamanya prestasi eksport kukuh dan prospek satu bulan lagi stok rendah. 

Sementara itu, ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata tanaman di Asia dijangka berdepan dengan cuaca panas dan kering susulan jangkaan pola cuaca El Nino pada pertengahan kedua tahun ini yang boleh menjejaskan bekalan serta meningkatkan kebimbangan berlakunya inflasi makanan.

Di Asia Tenggara, katanya, hujan sedikit di bawah normal dijangkakan berlaku pada bulan Jun-Ogos, walaupun rantau ini mempunyai kelembapan tanah yang mencukupi selepas hujan lebat dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

“Cuaca kering di Asia Tenggara akan mengambil sedikit masa untuk memberi impak kepada pengeluaran minyak sawit dan beras,” katanya.

Pada Isnin (13 Mac) penyelidik kargo Societe Generale de Surveillance melaporkan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-10 Mac meningkat  50.8 peratus kepada 487,530 tan metrik daripada  323,280 tan metrik semasa tempoh  1-10 Februari.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, minyak sawit diniagakan kebanyakannya rendah disebabkan oleh harga lemah di pasaran minyak soya berikutan tekanan daripada kegagalan bank Amerika Syarikat, Silicon Valley Bank, dan harga minyak sawit rendah.

Bagi asas mingguan, bulan semerta baharu April 2023 turun sebanyak RM94 kepada RM4,071, Mei 2023 jatuh sebanyak RM106 kepada RM3,987 setan metrik dan Jun 2023 turun RM140 kepada RM3,920 setan metrik.

Sementara itu, kontrak Julai 2023 turun RM148 kepada RM3,871 setan metrik dan Ogos 2023 susut sebanyak RM147 kepada RM3,833 setan metrik manakala bulan jauh baharu September 2023 berada pada RM3,804 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 359,498 lot daripada 246,680 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 180,023 kontrak daripada 170,198 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan turun RM50 kepada RM4,200 setan metrik.

— BERNAMA

Sequeira

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN