Farm Fresh, UPM perkukuh kerjasama industri tenusu

SERDANG: Farm Fresh Bhd (FFB) melabur RM25 juta sejak 2017 menerusi projek membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengembangkan industri tenusu tempatan, sekali gus membangunkan Pusat Pelancongan Agro untuk menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan FFB, Azmi Zainal berkata, projek dengan UPM berjalan selama enam tahun dan pihaknya kini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam usaha meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu. 

Katanya, kerjasama pemain industri dalam kampus membolehkan pelajar mengikuti latihan industri dan menimba pengalaman di FFB serta mempersiapkan diri untuk bersaing dalam dunia pekerjaan. 

“Kerjasama projek FFB dengan UPM sudah berjalan selama enam tahun dan pertukaran dokumen ini masuk perjanjian kedua (lima tahun) dan sentiasa ada proses penambahan di ICOE Tenusu UPM-Farm Fresh. 

“Dengan perbelanjaan besar yang mana kami sudah melabur RM25 juta setakat ini dan walaupun ini ladang terkecil Farm Fresh, namun ia menjadi ladang terbesar di Selangor dengan 500 ekor lembu,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media di majlis menandatangani MoA bersama UPM bagi membangunkan Pusat Edutourism di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir menyaksikan pertukaran dokumen.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga dari masa ke masa menambah input baru di ICOE Tenusu UPM-Farm Fresh dan dijadikan pusat pembelajaran. 

“Ini membolehkan mereka yang datang ke sini bukan sahaja boleh melihat proses tenusu tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti ladang sayur, dusun, perikanan, ikan hiasan dan kambing. 

“Jadi, ia adalah secara menyeluruh dan kerjasama dengan UPM bukan hanya dalam bidang ternakan tetapi juga bidang pemasaran, perniagaan, pelancongan dan sains makanan,” katanya. 

Azmi berkata, setakat ini seramai 58 pelajar UPM sudah diserap bekerja dengan syarikat itu membabitkan pelbagai bidang dan melalui MoA terbabit, FFB menjangkakan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain membantu pelajar belajar sambil bekerja dengan bayaran RM10 sejam.

Sementara itu, Dr Mohd Roslan berkata, perjanjian itu meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, aktiviti keusahawanan pelajar serta latihan kemahiran berkaitan untuk kakitangan UPM.

“Inisiatif ini juga secara tidak langsung mendukung Matlamat ke-3 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Indusri dan Masyarakat,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    • Ekonomi
    • October 15, 2024
    • 145 views
    Pelaburan RM17.9 bilion dari China diluluskan dalam sektor pembuatan – MITI

    KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang menyelia pelaburan sebanyak RM17.9 bilion dari China yang diluluskan dalam sektor pembuatan dari 2023 hingga…

    Malaysia catat pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2024

    KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2% pada suku pertama tahun 2024 (4Q 2023: 2.9%), didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Bank-bank Malaysia dijangka catat untung lebih besar tahun depan

    • December 3, 2024
    Bank-bank Malaysia dijangka catat untung lebih besar tahun depan

    Binastra menang kontrak pembinaan bernilai RM328 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

    • December 3, 2024
    Binastra menang kontrak pembinaan bernilai RM328 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

    Datasonic terima lanjutan kontrak berjumlah RM81.24 juta daripada KDN

    • December 3, 2024
    Datasonic terima lanjutan kontrak berjumlah RM81.24 juta daripada KDN

    NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

    • December 3, 2024
    NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

    Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

    • December 2, 2024
    Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

    Dennis Chia dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan CelcomDigi bermula 25 Januari 2025

    • December 2, 2024
    Dennis Chia dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan CelcomDigi bermula 25 Januari 2025