Genting dijangka untung RM2.9 bilion jual hartanah di Miami

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd dijangka memperoleh keuntungan RM2.9 bilion atau 52 sen sesaham daripada penjualan hartanah di Miami, Amerika Syarikat (AS) jika ia dapat dijual pada harga AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

Syarikat itu ketika ini mengendalikan hotel Hilton Miami Downtown di lokasi hartanah berkenaan, namun ia hanya menyumbang kira-kira AS$4.8 juta (RM21.1 juta) atau kurang daripada satu peratus pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan pada tahun kewangan 2022.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Yin Shao Yang, berkata berdasarkan laporan Bloomberg, hartanah seluas 15.5 ekar milik Genting Malaysia itu telah menarik lima tawaran yang masing-masing bernilai lebih daripada AS$1.1 bilion (RM4.4 bilion), dengan bidaan paling tinggi adalah hampir AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion).

Beliau berkata, Genting Malaysia dijangka membuat keputusan akhir dalam beberapa minggu akan datang.

“Genting Malaysia melabur kira-kira AS$500 juta (RM1.5 bilion) antara Mei dan September 2011 untuk membeli hartanah berkenaan. Perlu diambil kira bahawa ringgit pada masa itu diniagakan pada RM3 berbanding AS$1 berbanding RM4.43 berbanding AS$1 sekarang,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Genting Malaysia membeli hartanah itu pada harga kira-kira AS$236 juta pada 2011.

Ia pernah mengumumkan rancangan untuk membina enam menara, beberapa hotel dan unit kediaman di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Shao Yang berkata, Genting Malaysia dijangka tidak akan mengembalikan pulangan daripada penjualan berkenaan kepada pemegang saham menerusi dividen khas.

Beliau berkata, Maybank Investment mengekalkan anggaran perolehan, saranan ‘beli’ dan sasaran harga RM2.97 bagi saham Genting Malaysia, menunggu penjualan hartanah berkenaan dimuktamadkan.

Saham Genting Bhd dan Genting Malaysia masing-masing meningkat dalam awal dagangan hari ini, susulan berita kemungkinan ia akan keluar daripada pasaran hartanah Miami dengan keuntungan besar.

  • Coelho

    Related Posts

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM