Siti Nurhaliza bakal meriahkan Festival Usahawan Gempak

SHAH ALAM — Seramai 150 usahawan tempatan serta artis ternama tanah air bakal mengambil bahagian dalam Festival Usahawan Gempak 2023 yang akan berlangsung di Stadium Malawati di sini pada 7 hingga 9 April.

Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menerusi satu kenyataan berkata selain itu jenama terkenal seperti SimplySiti, Farm Fresh, Siti Khadijah, Kekaboo, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, dan Absolut Chocolat akan turut membuat jualan di festival tersebut. 

Katanya para pengunjung turut berpeluang menemui personaliti popular seperti penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Bhd Azmi Zainal atau juga dikenali sebagai Bos Susu, Lah Ahmad serta ramai lagi selain disajikan dengan persembahan para artis terkenal tanah air.  

“Orang awam juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menarik seperti motosikal, televisyen dan iPad serta baucar Rahmah berjumlah RM40,000 yang akan diagihkan kepada pengunjung yang hadir,” menurut kenyataan itu. 

Menurut Sidec festival tiga hari yang bermula 10 pagi hingga lewat malam itu menempatkan 200 ruang pameran dan dijangka seramai 25,000 pengunjung akan membanjiri festival tersebut.

Sidec berkata pengunjung juga diberi peluang untuk menyaksikan festival ‘live-stream’ di studio strim langsung yang akan dikendalikan oleh Lazada selama tiga hari berturut-turut di dalam kawasan festival.

Menurut kenyataan itu lagi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menyampaikan Anugerah Usahawan Gempak kepada 10 usahawan tempatan berimpak tinggi pada 8 April.

“Festival ini merupakan satu daripada tiga kempen di bawah Smart Raya Selangor 2023 iaitu Festival Usahawan Gempak, Bazar Ramadan Cashless dan Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (ECM) Awards Edisi Kelapan.

“Inisiatif ini bagi mencipta budaya digitalisasi dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan menerusi penggunaan e-dompet secara meluas, perniagaan dari luar talian ke dalam talian serta platform e-dagang,” katanya.

Program itu ditaja oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan disokong oleh AFFIN Bank sebagai rakan bank rasmi, Wavpay (rakan E-Dompet), Yes 5G (rakan Telco 5G rasmi) dan SUBPLACE serta Lazada (rakan E-Dagang) dan ia turut mendapat sokongan daripada agensi kerajaan negeri.

Orang ramai boleh mendapatkan info terkini mengenai Festival Usahawan Gempak di semua media sosial Sidec (@sidecmy).

Sequeira

Related Posts

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

Cyberjaya, 30 Julai 2025 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengenal pasti seramai 5,800 pembayar cukai yang sebelum ini gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), berdasarkan semakan…

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, telah dilantik sebagai Pengerusi The World Brands Foundation (TWBF), sebuah badan yang terkenal dengan pengiktirafan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM