Mahathir beri tempoh 7 hari Anwar tarik balik kenyataan fitnah

  • News
  • March 28, 2023

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik tuduhan yang dilemparkan ke dirinya. 

Ia susulan kenyataan yang dibuat dalam Anwar pada ucapan Kongres Nasional Khas PKR 2023, yang berlangsung pada 18 Mac lalu. 

Mahathir berkata, notis tuntutan itu sudah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri menerusi Tetuan Rafique.

“Tuduhan dilempar terhadap diri saya iaitu saya ada berbilion ringgit dan agih untuk keluarga saya, anak saya dan sebagainya dan saya adalah seorang ‘scoundrel’.

“Ini memberi gambaran yang amat buruk terhadap diri saya, ia adalah satu fitnah, melainkan dia boleh tunjuk bukti bahawa saya sudah dapat berbilion ringgit dan melarikan duit itu ke luar negara dan saya tidak bayar cukai.

“Banyak tuduhan dibuat dalam ucapan ini, walaupun saya dulu, biasa dengar dia kata lebih kurang macam ini, tapi waktu itu dia bukan (Perdana Menteri), sekarang dia Perdana Menteri dan Perdana Menteri mesti bertanggungjawab, tidak boleh membuat tuduhan dengan begitu saja tanpa bukti jelas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, itu berkata tuduhan itu amat serius malah sebagai Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu. 

Katanya, jika Anwar tidak menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf sebagaimana yang dikehendaki, beliau boleh mengambil apa-apa sahaja tindakan undang-undang yang dibenarkan mengikut Perlembagaan. 

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 15, 2025
    • 25 views
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

    • News
    • April 9, 2025
    • 84 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM