Malaysia catat peningkatan eksport, import pada Februari, Johor tertinggi

KUALA LUMPUR: Jumlah eksport dan import direkodkan lebih tinggi bagi kebanyakan negeri pada bulan Februari 2023 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.. 

Ia didahului oleh Johor (+RM5 bilion), Pulau Pinang (+RM3 bilion), Kuala Lumpur (+RM2.1 bilion), Sarawak (+RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (+RM450.8 juta), Melaka (+RM424.7 juta), Kelantan (+RM333.0 juta), Terengganu (+RM159.1 juta) dan Selangor (+RM56.1 juta).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata eksport Malaysia pada bulan lalu secara keseluruhannya meningkat sebanyak RM10 bilion, atau 9.8% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.7%, diikuti oleh Johor (21.5%), Selangor (17.6%), Sarawak (8.6%) dan (5.4%).

“Bagaimanapun, eksport menyusut di Labuan (-RM1.1 bilion), Sabah (-RM559.6 juta), Kedah (-RM426.6 juta), Perak (-RM397.1 juta), Pahang (-RM79.6 juta) dan Perlis (-RM19.0 juta),” katanya dalam satu kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Februari 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Mohd Uzir memaklumkan bahawa import pada bulan Februari 2023 turut meningkat RM10.3 bilion atau 12.4% berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Bagi prestasi import pula, beliau berkata Johor sekali lagi mendahului dengan peningkatan sebanyak RM7.4 bilion diikuti oleh Selangor (+RM2.5 bilion), Melaka (+RM1.6 bilion), Pulau Pinang (+RM882.9 juta), Pahang (+RM178.2 juta), Negeri Sembilan (+RM91.7 juta), Perlis (+RM53.3 juta) dan Kelantan (+RM38.1 juta).

 Import menyusut bagi Sarawak (-RM936.3 juta), Kedah (-RM558.6 juta), Terengganu (-RM412.1 juta), Sabah (-RM233.7 juta), Perak (-RM161.8 juta), Kuala Lumpur (-RM69.7 juta) dan Labuan (-RM11.6 juta),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Selangor adalah penyumbang utama import Malaysia pada Februari 2023 dengan 26%, diikuti oleh Johor (26%), Pulau Pinang (21.5%), Kuala Lumpur (6.2%) dan Kedah (4.9%).

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat