Angkat sumpah Ketua Menteri baharu Melaka esok

  • News
  • March 30, 2023

MELAKA: Spekulasi Melaka bakal mendapat Ketua Menteri baharu terjawab apabila Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan jam 3 petang esok.

Menurut kenyataan itu, istadat akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini.

“Adalah dimaklumkan bahawa, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sudah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Sehubungan itu, berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-13 akan diadakan esok jam 3 petang,” katanya.

Sulaiman, menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei 2018 selepas Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Adun Melaka sebagai Ketua Menteri.

Melaka kemudian terpaksa pula mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman dan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jawatan beliau hampir pasti akan digantikan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh – nama yang sering menjadi spekulasi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 lalu.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • December 3, 2024
    • 22 views
    NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

    KUALA LUMPUR: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berjaya menyekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian dan menyita sejumlah RM6 juta setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Perdana Menteri,…

    • News
    • December 2, 2024
    • 19 views
    Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

    KUALA LUMPUR: Langkah pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan di Semenanjung melalui program Budi Madani menjana penjimatan kira-kira RM600 juta sebulan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, penjimatan yang…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Bank-bank Malaysia dijangka catat untung lebih besar tahun depan

    • December 3, 2024
    Bank-bank Malaysia dijangka catat untung lebih besar tahun depan

    Binastra menang kontrak pembinaan bernilai RM328 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

    • December 3, 2024
    Binastra menang kontrak pembinaan bernilai RM328 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

    Datasonic terima lanjutan kontrak berjumlah RM81.24 juta daripada KDN

    • December 3, 2024
    Datasonic terima lanjutan kontrak berjumlah RM81.24 juta daripada KDN

    NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

    • December 3, 2024
    NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

    Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

    • December 2, 2024
    Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

    Dennis Chia dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan CelcomDigi bermula 25 Januari 2025

    • December 2, 2024
    Dennis Chia dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan CelcomDigi bermula 25 Januari 2025