Mahkamah tolak permohonan Najib semak kes SRC

  • News
  • March 31, 2023

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Prosiding itu didengar oleh lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.

Sementara, Abdul Rahman menentang keputusan tersebut kerana berpandangan sebaliknya.

Keputusan itu bermakna bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal dengan hukuman 12 tahun penjara dan pilihan terakhir beliau untuk dibebaskan adalah melalui pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Najib sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • December 24, 2024
    • 40 views
    As Safa Travels tawar pakej mesra ekonomi kepada jemaah tunai umrah dan haji

    KUALA LUMPUR: As Safa Travel & Tours memperkukuhkan jenama sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di Malaysia menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji. Pengarah…

    • News
    • December 19, 2024
    • 77 views
    Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak berhubung kes projek 1BestariNet. SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihkanya mendapati tiada unsur jenayah…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    As Safa Travels tawar pakej mesra ekonomi kepada jemaah tunai umrah dan haji

    • December 24, 2024
    As Safa Travels tawar pakej mesra ekonomi kepada jemaah tunai umrah dan haji

    Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

    • December 20, 2024
    Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

    Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

    • December 19, 2024
    Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

    Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

    • December 19, 2024
    Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

    Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

    • December 19, 2024
    Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

    MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

    • December 19, 2024
    MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR