PLUS syarikat lebuh raya pertama menang anugerah PR di Singapura

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat lebuh raya pertama memenangi Anugerah Sektor Awam pada Majlis Anugerah Persatuan Komunikasi Perhubungan Awam (PRCA) APAC 2023 yang diadakan di Singapura.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Syed Mohammed Idid, berkata penghargaan ini adalah satu penghormatan kepada kerja keras 3,800 warga PLUS sepanjang tahun lalu.

“PLUS sememangnya bertuah kerana memenangi anugerah ini kerana kami bersaing dengan jenama hebat seperti Pasukan Polis Hong Kong, Yayasan Maritim Singapura dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Hong Konh dan menjadi pemenang kali pertama.

“Ia adalah testimoni cemerlang bahawa industri lebuh raya komunikasi boleh menjadi serancak dan sekuat yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua PRCA APAC, Tara Munis, pula berkata majlis anugerah berkenaan adalah peluang untuk mempamerkan kemahiran perhubungan awam (PR) dan komunikasi terbaik sepanjang tahun lalu.

“Semua finalis sudah menyampaikan kerja yang cemerlang dan pemenang mewakili yang terbaik dalam industri kami,” katanya.

Majlis berkenaan menyaksikan lebih 40 perunding perhubungan awam berpangkalan di Asia Pasifik serta korporat terkenal dari China, Hong Kong, Singapura, Indonesia Filipina, India, Australia dan Malaysia.

PRCA ditubuhkan pada 1969 dan bahagian Asia Pasifik dilancarkan pada 2021. Matlamat persatuan ini adalah untuk meningkatkan standard dalam PR dan komunikasi, menyediakan data industri kepada ahli, memudahkan perkongsian amalan terbaik komunikasi dan mewujudkan peluang rangkaian.

  • Coelho

    Related Posts

    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd, memperoleh kemenangan kontrak terbesar di Taiwan setakat ini melalui Transit Aliran Massa (MRT) Xizhi Donghu bernilai RM4.3 bilion, projek infrastruktur utama ketujuhnya di negara itu. Kumpulan…

    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    KUALA LUMPUR: MY EG Services Bhd (Myeg) dan Heitech Padu Bhd telah memulakan kerjasama kedua-dua syarikat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia. Myeg dalam makluman kepada Bursa…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    • October 22, 2024
    Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    • October 22, 2024
    MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    • October 21, 2024
    HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    • October 21, 2024
    Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

    • October 18, 2024
    Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025