Jumlah penerbangan akan ditambah menjelang Aidilfitri

  • News
  • April 6, 2023

SEPANG: Menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan jumlah pertambahan penerbangan, termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Anthony Loke, berkata harga tetap untuk penerbangan juga akan turut dilaksanakan seperti mana diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga sudah membentangkan penambahan penerbangan itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

“MAVCOM sudah melaporkan kepada kementerian dalam mesyuarat pasca-Kabinet semalam. Banyak penerbangan tambahan telah diluluskan.

“Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat ‘wide body’ (pesawat lebih besar) untuk penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak. Jadi, kapasiti penerbangan akan bertambah. Kapasiti tempat duduk akan bertambah.

“Apabila kapasiti bertambah, sudah tentu harga purata itu akan menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini hari ini.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • September 13, 2024
    • 30 views
    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    Forum Serantau YAPIEM 2024 Ketengah Idea Bangun Ekonomi, Kewangan Islam Pada 1 Dan 2 Oktober Depan PUTRAJAYA: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) akan menganjurkan Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024)…

    • News
    • September 10, 2024
    • 46 views
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    KUALA LUMPUR: Syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Bhd didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjual kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM), tahun lalu. Majistret…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    • September 13, 2024
    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    • September 12, 2024
    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    • September 12, 2024
    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    • September 11, 2024
    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    The ART of Deception? – Ernest Wong

    • September 10, 2024
    The ART of Deception? – Ernest Wong

    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    • September 10, 2024
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM