Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Khamis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.4030/4070 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Rabu pada paras 4.3970/4020.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula sebanyak 0.32 peratus kepada 101.91 mata.

“Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat bagi sektor perkhidmatan pada Mac menyusut kepada 51.2 mata daripada 55.1 mata sebelum ini berbanding anggaran konsensus pada 54.5 mata.

“Begitu juga, perubahan guna tenaga ADP yang mengukur penghasilan pekerjaan dalam sektor swasta turun menjadi 145,000 pada Mac (Februari: 242,000) berbanding jangkaan pasaran 200,000,” katanya kepada Bernama.

Mata wang utama lain seperti Euro dan pound Britain (GBP) juga lebih rendah berbanding dolar AS, masing-masing turun 0.01 peratus dan 0.31 peratus kepada AS$1.09 dan AS$1.24.

“Sehubungan itu, gandingan ringgit dolar (USD/MYR) boleh berlegar sekitar RM4.40 hari ini kerana peserta pasaran mungkin lebih berhati-hati .

“Setakat ini, data daripada indeks PMI menunjukkan ekonomi global semakin lemah, membayangkan bank-bank pusat boleh beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi dalam tempoh akan datang,” tambah Mohd Afzanizam.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.7962/8005 daripada 4.8156/8211 pada penutup Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4804/4854 daripada 5.4879/4941 tetapi menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3567/3600 daripada 3.3399/3440 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3135/3170 daripada 3.3165/3205 pada penutup Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9439/9618 daripada 12.9782/9991 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.09/8.10 daripada 8.08/8.09 semalam dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.80/295.20 daripada 294.40/294.90.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • September 25, 2024
    • 76 views
    Ringgit terus meningkat, RM4.14 berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi. Keadaan ini disumbangkan…

    • Pasaran
    • September 5, 2024
    • 147 views
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia