Anwar terima kunjungan Michelle Yeoh

  • News
  • April 20, 2023

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati, Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Michelle yang merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023), baru-baru ini berkongsi kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau ketika ini.

“Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan!,” katanya menerusi hantataran di laman Facebook beliau.

Yeoh, 61, anak jati Ipoh, Perak, mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an.

Minggu lalu, Yeoh dilaporkan sudah kembali ke Malaysia dan menunjukkan kepada ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, trofi Oscar dimenanginya itu.

Yeoh dilaporkan sangat gembira dapat berkongsi trofi itu dengan insan tersayang itu yang disifatkan tunjang terpenting kejayaannya sehingga sekarang.

Yeoh turut membawa trofi itu ke pusara bapanya, mendiang Datuk Yeoh Kian Teik. Yeoh pulang ke tanah air bagi menyambut ulang tahun ibunya, Janet yang sudah menjadi kepulangan wajib saban tahun.

Pada edisi ke-95 Oscar, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Terdahulu, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 23 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 26 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat