Inflasi negara peringkat bulanan mulai turun

PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi di Malaysia turun kepada 3.4 peratus pada Mac 2023 dengan mata indeks pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada bulan dikaji didorong terutamanya oleh penurunan harga Petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan kepada 2.4 peratus.

Beliau berkata, ini selari dengan harga minyak mentah Brent yang berada pada paras AS$78.53 setong pada Mac 2023 berbanding AS$115.59 pada Mac 2022.

“Namun begitu, inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol (6.9 peratus) dan restoran & hotel (7.2 peratus) masih kekal tinggi meskipun ianya lebih rendah berbanding Februari 2023.

‘Nilai wajaran bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (29.5 peratus); Pengangkutan (14.6 peratus) dan Restoran & Hotel (2.9 peratus) merangkumi 47.0 peratus daripada jumlah wajaran keseluruhan IHP, yang mana akan memberi kesan signifikan pada kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Mac 2023 turut didorong oleh kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.1 peratus); Kesihatan (2.2 peratus) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.1 peratus).

Ini diikuti oleh kumpulan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (1.9 peratus); Pendidikan (1.7 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.6 peratus); Minuman Alkohol & Tembakau (0.6 peratus) dan Pakaian & Kasut (0.5 peratus).

Manakala, kumpulan Komunikasi merekodkan negatif 1.4 peratus.”

Mohd Uzir berkata, daripada 230 item Makanan & Minuman, sebanyak 201 item (87.4 peratus) telah merekodkan kenaikan harga berbanding Mac 2022.

Beliau berkata, komponen makanan di rumah menyederhana kepada 5.6 peratus pada Mac 2023

berbanding 5.8 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Subkumpulan daging yang merangkumi daging ayam, daging lembu, daging babi, daging kambing, daging kerbau dan daging itik katanya terus mencatatkan peningkatan 9.2 peratus pada Mac 2023.

Daging ayam (46.1 peratus) katanya merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging mencatatkan kenaikan 8.7 peratus berbanding 8.0 peratus pada Februari 2023.

“Purata harga ayam standard di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM9.86 sekilogram berbanding RM8.93 sekilogram padan Mac 2022 (Februari 2023: RM9.76).

“Sementara itu, purata harga ayam standard di peringkat Malaysia meningkat kepada RM10.40 sekilogram berbanding RM9.47 sekilogram pada Mac 2022 (Februari 2023: RM10.33).

“Peningkatan pada subkumpulan daging turut didorong oleh peningkatan daging babi (30.7 peratus) dan daging itik (10.8 peratus),” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

    Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

    KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia