Hartalega tutup kemudahan pengeluaran di Bestari Jaya

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Berhad mengambil keputusan menutup kemudahan pengeluarannya di Bestari Jaya yang memiliki empat kilang pengeluaran dengan 40 barisan pegeluaran daripada kapasitinya menjelang akhir tahun. 

Langkah itu disifatkan sebagai keputusan sukar tetapi perlu dilaksanakan bagi mengharungi landskap pasaran semasa yang sukar dan ia akan menyebabkan kerugian rosot nilai sebanyak RM347 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (FY23).

Kumpulan itu yang juga antara pengeluar sarung tangan terbesar negara ini berkata, peruntukan lajutan untuk kos pemberhentian serta obligasi kontrak kira-kira RM70 juta dijangka untuk FY24.

“Menerusi langkah itu, kumpulan ini komited untuk melayan kesemua tenaga kerja secara adil dan penuh hormat,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Kumpulan itu berkata, ia telah melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong tenaga yang terjejas semasa keputusan penyahtauliahan, yang dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan.

Langkah-langkah itu termasuk peluang untuk penempatan semula ke kemudahan Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) kumpulan di Sepang untuk peranan yang berkaitan, pakej pemberhentian “berdaya saing”, sokongan penempatan, meja bantuan khusus untuk pertanyaan dan kaunseling untuk pekerja yang terjejas.

“Memandangkan persekitaran perniagaan yang kompetitif, syarikat berpendapat ia lebih strategik dan berdaya maju untuk jangka panjang bagi menyatukan operasi di kemudahan NGC,” katanya.

“Berbanding dengan barisan pengeluaran tercanggih di NGC, kemudahan Bestari Jaya adalah kurang cekap dan dihadkan oleh teknologi lama, serta menjana tenaga dan kos tenaga kerja serta kos penyelenggaraan yang lebih tinggi disebabkan oleh umur kemudahan tersebut.

“Sebaik penyahtauliahan selesai, syarikat menjangkakan pengurangan dalam kos operasi dan susut nilai, yang akan memberi manfaat langsung pada keuntungannya,” katanya.

Bagi jangka panjang, kemudahan NGC juga mempunyai kapasiti untuk pengembangan masa depan, kerana ia terus maju secara strategik sejajar dengan dinamik penawaran dan permintaan pasaran semasa.

  • Coelho

    Related Posts

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis