SC pelawa maklum balas awam bagi kajian semula CMSA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menjalankan kajian semula secara holistik terhadap Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), satu perundangan utama yang berfungsi mengawal selia pasaran modal Malaysia, Dalam usaha memastikan undang-undang sekuriti kekal relevan.

SC dalam satu kenyataan berkata, kajian semula tersebut adalah sebahagian daripada usaha SC untuk menjadikan CMSA lebih moden dan menggalakkan kecekapan yang membolehkan pasaran modal kekal berdaya saing sambil mengekalkan perlindungan pelabur.

Bagi tujuan itu, SC mempelawa maklum balas orang ramai berkenaan bahagian dan bidang bawah CMSA yang berkaitan tadbir urus produk, pendedahan, proses kelulusan
untuk cadangan korporat dan pengambilalihan.

“Maklum balas awam ini bertujuan untuk memastikan kesempurnaan kajian semula tersebut dan dalam melengkapkan penglibatan industri yang berterusan dan perundingan kumpulan fokus.

“Pendekatan inklusif ini akan membolehkan SC mengambil kira semua isu yang menjadi kebimbangan melalui proses semakan yang telus. 

“Dengan mendapatkan input daripada pihak berkepentingan seluruh industri, SC juga boleh mengenal pasti jurang berpotensi dan mendapatkan pandangan yang bermanfaata dalam menambah baik CMSA,” katanya.

Pihak awam serta orang ramai yang berminat digalakkan untuk mengemukakan komen, maklum balas dan pertanyaan mereka kepada SC sebelum 16 Jun 2023 di [email protected].

  • Coelho

    Related Posts

    Malaysia catat pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2024

    KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2% pada suku pertama tahun 2024 (4Q 2023: 2.9%), didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang…

    Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi – CEO TRXC

    KUALA LUMPUR: Mercu tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia