LTAT rekod kemajuan dalam usaha penswastaan Bousted

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merekodkan kemajuan dalam usaha untuk menswastakan Boustead Holdings Berhad.

Pada masa ini, pegangan saham LTAT di dalam Boustead berjumlah 90.49%, yang dikumpulkan daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka dan penerimaan daripada pemegang saham melalui tawaran.

Bagi mengelakkan keraguan, pada tarikh notis tawaran, pegangan saham LTAT di dalam Boustead adalah sebanyak 59.42%.

LTAT telah mengeluarkan notis mengenai tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada Lembaga Pengarah Boustead pada 2 Mac 2023 untuk baki 40.58% saham yang tidak dimilikinya untuk tawaran tunai sebanyak 85.5 sen sesaham.

Dokumen tawaran berserta borang penerimaan dan pindahan saham telah dihantar kepada pemegang saham Boustead pada 23 Mac 2023 dan diikuti dengan Pekeliling Nasihat Bebas yang dikeluarkan oleh Kenanga Investment Bank Berhad pada 17 April 2023 yang mengesyorkan pemegang saham untuk menerima tawaran.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman berkata perkembangan terbaharu ini merupakan peristiwa penting dalam urus niaga korporat LTAT.

Beliau berkata ini membolehkan kumpulan untuk menyahsenaraikan Boustead dalam tempoh tarikh tutup pertama pada 22 Mei 2023, tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang diperolehi untuk memenuhi syarat tawaran.

Namun begitu, tawaran ini kekal bersyarat sehingga mendapat kelulusan badan kawal selia.

“Melalui penswastaan ini, LTAT dapat mempercepatkan usaha pemulihan Boustead, sebagai sebahagian daripada matlamat utamanya bagi menstabilkan semula portfolio pelaburannya dan memastikan kemampanan dana dalam jangka panjang.

“Pemulihan tersebut akan melibatkan penstrukturan semula kumpulan, rasionalisasi kewajiban membayar hutang Boustead dan pelaksanaan aktiviti penciptaan nilai,” tambahnya dalam satu kenyataan semalam.

  • Coelho

    Related Posts

    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd memeterai perjanjian induk dengan Guper Bonded Warehouse Sdn Bhd, anak syarikat Hextar Technologies Solutions Bhd, untuk membeli lima bidang tanah perindustrian kosong bersebelahan berukuran kira-kira…

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    KUALA TERENGGANU: Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dengan kerjasama TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) mewujudkan ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang dijangka menjana sehingga 2,000 megawatt…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    • September 13, 2024
    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    • September 12, 2024
    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    • September 12, 2024
    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    • September 11, 2024
    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    The ART of Deception? – Ernest Wong

    • September 10, 2024
    The ART of Deception? – Ernest Wong

    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    • September 10, 2024
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM