Harga minyak sawit diunjur jatuh sehingga RM2,200 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI, sebuah firma Fitch Solutions, mengekalkan unjuran bahawa harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) didagangkan pada nilai purata RM3,800 satu tan bagi tempoh 2023, sebelum merosot sehingga RM2,200 di antara 2025 hingga 2027.

Firma itu menjelaskan, unjuran bagi purata harga minyak sawit pada 2023 mengambil kira diskaun 22.6 peratus ke atas harga sepanjang 2022 selain premium yang masih ketara kepada norma sebelum COVID-19 dengan harga purata sebagai contoh pada 2019, RM2,248 satu tan.

Bagi 2024, BMI menjangkakan purata harga penanda aras MSM turun kepada RM3,400 satu tan.

Ia juga mengekalkan pandangan bahawa harga minyak sawit akan susut di antara tahun 2025 dengan 2027 daripada RM3,000 satu tan kepada RM2,200 satu tan.

“Pandangan ini disokong oleh keyakinan kami bahawa lebihan pengeluaran minyak sawit global akan meningkat dalam tempoh ini, daripada 0.7 juta tan pada 2023/2024 kepada 1.9 juta tan menjelang 2026/2027.

“Walaupun menjangkakan peningkatan penggunaan minyak sawit global akan mengatasi pengeluaran global sepanjang tempoh unjuran kami secara keseluruhan, kami menekankan fakta bahawa pertumbuhan permintaan tidak sekata, mencerminkan sebahagian daripada pemulihan pasca-COVID-19, dan menjangkakan pertumbuhan pengeluaran global mengatasi pertumbuhan permintaan global sepanjang tiga tahun terakhir tempoh unjuran,” menurutnya.

Dalam laporan unjuran harga komoditi, BMI memaklumkan berdasarkan 2023 setakat ini, harga mencapai purata RM3,872 satu tan bagi tahun ini, susut hampir satu perlima antara penghujung 2022 dan semasa laporan dikeluarkan.

Dalam jangka masa terdekat, risiko terhadap unjuran itu dipengaruhi ke arah penurunan berikutan permintaan import yang lemah dari China dan India di samping penuaian kacang soya global pada 2023/2024 dijangka mencecah paras tinggi.

Sejak akhir 2022, premium harga minyak soya ke atas sawit telah merosot hampir dua perlima daripada AS$462 satu tan kepada AS$286 satu tan pada 17 Mei, 2023.

“Sepanjang baki tempoh 2023, kami menekankan bahawa permulaan keadaan El-Niño yang dijangka secara meluas semasa separuh kedua sebagai menimbulkan risiko positif bagi unjuran harga kami.

“Dikaitkan dengan taburan hujan yang lebih rendah berbanding purata ke atas sebahagian besar Asia Tenggara, El-Niño besar yang terakhir mengakibatkan penyusutan pengeluaran minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia pada 2015/16 sebanyak enam peratus tahun ke tahun,” tambahnya.

  • Coelho

    Related Posts

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

    Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

    KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia