MOSTI bakal meneraju Space Tech Nexus untuk julung kali di LIMA ‘23

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan berlangsung esok menyaksikan penglibatan sulung Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MySA) bakal mempamerkan segmen Space Tech Nexus.

Space Tech Nexus satu inisiatif yang dilihat dapat memperkukuhkan kerjasama strategik sektor angkasa di Malaysia bersama pemain-pemain industri di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa-X Innovation Sdn. Bhd, Ir Norhizam Hamzah berpandangan, penglibatan MOSTI melalui Space Tech Nexus sempena LIMA ’23 ini sebagai satu perkembangan positif dalam industri teknologi angkasa.

Beliau mengakui bahawa penglibatan teknologi angkasa di LIMA sebelum ini dilihat tidak mendapat fokus malah penglibatan syarikat-syarikat teknologi berkaitan juga tidak konsisten.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan melalui LIMA ’23 yang mahu mengetengahkan sektor teknologi angkasa secara khusus dalam bentuk Space Nexus itu.

“Saya juga bersetuju agar kita memberi galakan dan pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan teknologi angkasa lepas ini dan juga kepada industri dan syarikat terlibat, dan penting juga kepada anak-anak muda kita sebagai potensi kerjaya buat mereka,” katanya.

Tambah Norhizam, masyarakat perlu tahu bahawa negara mampu untuk menghasilkan teknologi angkasa bahkan ia bukan sesuatu yang mestahil untuk kita laksanakan.

“Lagi satu yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat bahawa teknologi angkasa ini, bukan sesuatu yang mustahil seperti benda ajaib untuk kita buat, kita mampu (berdaya saing dengan negara-negara maju lain,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam temubual menerusi program podcast ‘Road To Innovation Nation: Potensi Industri dan Teknologi Angkasa di Malaysia” sempena LIMA ’23 oleh Agensi Angkasa Malaysia (MySA).

Beliau yang merupakan pakar dalam industri berkaitan, turut mengakui bahawa banyak negara luar mulai sedar bahawa ekonomi angkasa lepas adalah ekonomi baharu.

“Banyak negara mula sedar bahawa saya kata Space ini kita kata new frontier economy atau ekonomi angkasa lepas adalah ekonomi baharu. Jadi banyak negara sedar akan perkembangan ini sebagai satu potensi untuk negara masing-masing.

“Banyak negara Asia Tenggara yang sudah terlibat dan baru terlibat dalan teknologi angkasa lepas ini dan satu masa dulu 10 tahun lalu Malaysia di anggap sebagai negara terhadapan dalam teknologi angkasa di rantau Asia Tenggara dengan adanya RazakSAT misalnya,” katanya.

Mosti melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk julung kalinya sepanjang penganjuran LIMA diberi peluang terlibat secara langsung melalui satu sektor khusus untuk teknologi angkasa iaitu Space Tech Nexus.

LIMA ’23 yang akan berlangsung di Langkawi, Kedah pada 23 hingga 27 Mei ini dijangka akan lebih meriah setelah ditangguh selama empat tahun akibat wabak pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura