Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini walaupun nilai dolar AS bergerak lebih kukuh apabila pelabur memberikan perhatian kepada penyelesaian rundingan berkenaan siling hutang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5320/5375 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat minggu lepas pada 4.5350/5405.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dijangka memberikan makluman terkini mengenai tarikh akhir siling hutang serta jumlah wang tunai yang boleh dibelanjakan oleh kerajaan AS untuk urusan operasinya buat masa ini.

Selain itu, beliau berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan diterbitkan pada Rabu dan pada Jumaat, pelabur sudah boleh meneliti ukuran inflasi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

“Gabungan penghindaran risiko dan jangkaan Fed yang lebih cenderung untuk menaikkan kadar faedah bermakna dolar AS akan terus disokong dengan baik hari ini.

“Kami percaya ganding dolar-ringgit AS akan diniagakan agak hampir kepada paras halangan RM4.5491 dalam tempoh semerta sehingga pelabur melihat lebih jelas mengenai kebuntuan siling hutang AS diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6500/6569 berbanding 5.6370/6438 pada penutup Jumaat, susut berbanding euro kepada 4.9054/9114 daripada 4.8978/9037 dan turun berbanding yen Jepun pada 3.2917/2959 daripada 3.2839/2881 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/304.0 daripada 303.6/304.2 pada penutup Jumaat dan meningkat meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2190/2404 daripada 13.1862/2083.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3728/3771 berbanding dolar Singapura daripada 3.3715/3758 sebelumnya tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.16.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • September 5, 2024
    • 62 views
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

    Ringgit Diunjur Bergerak Ke RM4.30 Sedolar AS Dalam Masa Terdekat

    KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    • September 13, 2024
    YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    • September 12, 2024
    Kronologi Skandal Rasuah Spanco

    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    • September 12, 2024
    Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    • September 11, 2024
    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    The ART of Deception? – Ernest Wong

    • September 10, 2024
    The ART of Deception? – Ernest Wong

    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    • September 10, 2024
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM