KWSP catat keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcit

KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya memperoleh keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcitnya di Lembah Klang dan Johor.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu, KWSP juga bercadang untuk menjual satu lagi aset runcitnya di Kelana Jaya kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Enam aset runcit yang telah dijual iaitu bangunan Giant Bandar Kinrara, bangunan Giant Putra Heights, bangunan Giant USJ, bangunan Giant Klang, bangunan Giant Ulu Klang dan bangunan Giant Plentong di Johor dengan keuntungan RM46 juta.

“Aset ini kita jual kepada Sunway Real Estate Investment Trust Berhad (Sunway REIT) yang 15.24 peratus dimiliki KWSP,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Kuala Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah yang diperoleh daripada penjualan portfolio enam aset runcit KWSP di Lembah Klang dan Johor, dan adakah KWSP berhasrat melupuskan satu lagi aset runcit di Lembah Klang seperti dilaporkan selain perancangan pelaburan seterusnya.

Ketika menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham sama ada KWSP bercadang melabur dalam bidang teknologi kewangan atau FinTech yang mencapai status Unicorn, Ahmad berkata Jawatankuasa Pelaburan akan membuat kajian atas cadangan tersebut.

Sementara itu, Ahmad turut memaklumkan jumlah aset KWSP secara keseluruhan setakat ini adalah RM1 trilion yang membabitkan pelaburan hartanah dalam dan luar negara.

“Di dalam negara jumlah pelaburan adalah RM11 bilion, antaranya bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri, manakala hartanah KWSP luar negara berjumlah RM30 bilion dengan separuh daripadanya di United Kingdom dan antara yang terbesar Battersea, projek yang begitu ikonik menjadikan jumlah aset hartanah sebanyak RM41 bilion.

“Setakat ini kita cukup menjaga kesemua pelaburan ini,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin mengetahui tentang peratus pelaburan KWSP di pasaran domestik.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • October 3, 2024
    • 37 views
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    KUALA POLIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

    • News
    • September 30, 2024
    • 51 views
    PM beri bayangan akan hentikan pemberian subsidi pendidikan kepada golongan kaya

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi kepada anak-anak dari keluarga golongan mahakaya di sekolah. Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan mahu…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia