RM11.2 bilion wang tidak dituntut manakala 70% wang akaun tidak aktif

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM11.2 bilion wang tidak dituntut diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) sehingga 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, wang di dalam akaun bank yang tidak aktif paling banyak tidak dituntut iaitu sebanyak 70 peratus.

“Definasi wang tak dituntut ini ada tiga. Pertama, wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus, dividen dalam tempoh setahun atau lebih.

“Kedua, wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat ada lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Ketiga paling banyak sekali iaitu 70 peratus daripada 11.2 bilion ini ialah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih,” kata Ahmad dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ahmad, kerajaan telah mengembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang menuntut sehingga 23 Mei lalu.

Jelas beliau, sejumlah RM10 bilion daripada wang tidak dituntut telah dimasukkan ke dalam simpanan tetap.

Sejak 10 tahun lalu, kerajaan memperoleh dividen RM250 juta setiap tahun dan wang itu disalurkan ke dalam Wang Yang Disatukan untuk digunakan bagi pembangunan dan bantuan kepada rakyat.

“Kumpulan Wang Disatukan ini ada tiga. Satu, Akaun Hasil Disatukan di situ kita masuk RM3 bilion. Kedua Akaun Amanah Disatukan di situ ada RM7 bilion wang tak dituntut.

“(Keseluruhan) RM10 bilion ini sebagaimana disebutkan tadi masuk dalam simpanan tetap. Ada RM1 bilion untuk pusingan untuk pembayaran,” kata Ahmad.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (Bukit Bintang – PH) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac lalu dan apakah cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.

Sementara itu, Ahmad menjelaskan, rakyat boleh membuat semakan dan menuntut wang wang terbabit melalui laman sesawang Jabatan Akauntan Negara di www.JANM.my atau melalui portal E-GUMIS.

Sementara itu, Kui Lun ketika mengajukan soalan tambahan bertanya adakah kerajaan bercadang mewujudkan dana biasiswa pendidikan daripada wang tidak dituntut bagi membantu pelajar-pelajar yang layak dan tidak mempunyai sumber kewangan, selain usaha kerajaan untuk menjejaki pemlik wang tidak dituntut.

Menjawab soalan tersebut, Ahmad berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak daripada wang berjumlah RM250 juta yang diperoleh hasil daripada simpanan tetap berjumlah RM10 bilion.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

    • December 6, 2025
    Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

    Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

    • December 5, 2025
    Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

    Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

    • December 5, 2025
    Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

    Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

    • December 5, 2025
    Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

    Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

    • November 18, 2025
    Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa