Anak syarikat Serba Dinamik gagal bayar hutang RM14.63 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) ingkar dalam pembayaran kemudahan ekuiti dan pembiayaan berjangka berjumlah kira-kira RM14.63 juta yang disediakan oleh Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Februari 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Januari 2023.

Bagi PIBB pula, SDSB ingkar dalam membayar pembiayaan berjangka i-ekuiti berjumlah RM9,576,806.53; pembiayaan berjangka i-ekuiti (2) berjumlah RM3,235,442.30 dan pembiayaan berjangka i-ekuiti (3) RM1,285,362.13 pada 11 Januari 2023.

Menurut syarikat itu, Victor Saw Seng Kee daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd telah dilantik sebagai pihak pelikuidasi bagi Serba Dinamik, Serba Dinamik Group Bhd, SDSB dan Serba Dinamik International Ltd pada 10 Januari 2023.

Serba Dinamik berkata pada masa ini, PBB dan PIBB telah memulakan prosiding undang-undang bagi menjalankan hak sebagai pemiutang bercagar mengikut terma perjanjian pembiayaan.

Bagi langkah menangani keingkaran bayaran faedah, ia berkata pasukan pelikuidasi telah menghubungi PBB dan PIBB bagi membincangkan aspek keputusan yang boleh memberi manfaat untuk syarikat, SDSB serta PBB dan PIBB.

“Syarikat akan berusaha untuk meneruskan perniagaan dan operasinya biarpun berlaku keingkaran itu. Syarikat juga sedang menjalankan beberapa penyusunan semula dan langkah mengurangkan kos bersama pihak pelikuidasi dalam usaha mengurangkan aliran keluar tunai dan meningkatkan aliran masuk tunai,” katanya.

Serba Dinamik berkata, ini juga adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula yang besar dan pelan regulasisasi untuk memulihkan status syarikat dan menyelesaikan isu kewangan yang dihadapi pada masa ini.

Setakat ini, syarikat itu berkata pihaknya tidak dapat memberi pengisytiharan kemampuan bayar atau kesolvenan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd mengikut Perenggan 9.19A (4) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

  • Coelho

    Related Posts

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM