India lancar satelit navigasi NVS-O1

ANKARA: India pada Isnin berjaya melancarkan misi satelit navigasi GSLV-F12/NVS-01 ke orbit, umum agensi angkasa lepas negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, pelancaran misi itu berlangsung dari selatan India pada pukul 10.42 pagi waktu tempatan (0512GMT).

“Misi GSLV-F12/ NVS-O1 tercapai. Selepas penerbangan kira-kira 19 minit, satelit NVS-O1 masuk ke Geosynchronous Transfer Orbit,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, agensi itu memaklumkan bahawa kenderaan pelancar itu direka untuk membawa satelit navigasi NVS-01, seberat kira-kira 2,232 kilogram (4,920 paun).

“NVS-01 ialah satelit generasi kedua untuk menjalankan navigasi bersama dengan perkhidmatan Indian Constellation (NavIC).

“Siri satelit NVS akan mengekalkan dan menambah NavIC dengan ciri yang dipertingkatkan,” memetik kenyataan agensi itu pada minggu lalu.

Buat kali pertama “indigenous atomic clock akan diterbangkan dalam NVS-01.01.”

NavIC ialah sistem navigasi satelit serantau India dan kawasan liputannya termasuk India dan sehingga 1,500 kilometer (932 batu) melangkaui sempadan India.

Goncalves

Related Posts

  • Dunia
  • January 20, 2025
  • 272 views
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

  • Dunia
  • November 6, 2024
  • 388 views
Dolar AS melonjak, pelabur jangka Trump menang pilihan raya Presiden

TOKYO: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak sekitar 1.5 peratus berbanding yen dan euro hari ini apabila peniaga menimbang implikasi belanjawan daripada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS. Dolar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat