PCG catat keuntungan lepas cukai RM536 juta pada suku pertama

KUALA LUMPUR: PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) setinggi RM536 juta untuk suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (1Q 2023).

Bagi tempoh itu, PAT 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 11% pada suku pertama berbanding dengan RM484 juta pada suku keempat 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata syarikat telah mencatatkan suku yang kukuh walaupun berhadapan dengan permulaan tahun yang mencabar.

“Meskipun kami telah mengenal pasti beberapa pergerakan yang menggalakkan di daerah tertentu pada suku pertama, sektor kimia secara keseluruhan masih kekal berhati-hati lantaran harga tenaga yang masih tidak menentu,” katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Yusri turut memaklumkan syarikat akan terus berhati-hati terhadap prospek bagi tahun 2023 berikutan perkembangan terkini sektor perbankan Amerika Syarikat dan potensi kesannya terhadap ekonomi sedunia.

Ini termasuk konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan pemulihan China yang lebih perlahan daripada jangkaan.

  • Coelho

    Related Posts

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat