PETRONAS nafi spekulasi MHB, Sapura Energy bergabung

KUALA LUMPUR: PETRONAS hari ini menafikan spekulasi mengenai penggabungan antara Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) dan Sapura Energy Bhd.

Dalam kenyataannya, syarikat minyak dan gas negara itu berkata sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan PETRONAS adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah dan rangka kerja pengurusan yang dipertingkatkan.

Laporan media pada awal bulan ini menyatakan penggabungan antara Sapura Energy dan MHB, unit tidak langsung PETRONAS, berkemungkinan berlaku sekiranya perbincangan awal mengenai cadangan itu terbukti membuahkan hasil.

Memetik sumber, media terbabit mendakwa pemegang saham majoriti Sapura Energy dan MHB iaitu masing-masing Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan PETRONAS sedang ‘dalam peringkat mempertimbangkan’ penggabungan kedua-dua penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu, namun menegaskan perbincangan terbabit masih di ‘peringkat awal’.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Vantris Energy Nafi Terbabit Siasatan SPRM – Akaun Tidak Dibekukan dan tiada RM12 Juta Dilucuthak

    • September 13, 2025
    Vantris Energy Nafi Terbabit Siasatan SPRM – Akaun Tidak Dibekukan dan tiada RM12 Juta Dilucuthak

    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    • September 7, 2025
    Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

    SPRM bakal umum perkembangan kes rasuah berprofil tinggi Selasa ini

    • September 7, 2025
    SPRM bakal umum perkembangan kes rasuah berprofil tinggi Selasa ini

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    • August 27, 2025
    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    • August 27, 2025
    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

    • August 21, 2025
    YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh