MOSTI, Tsinghua Universitiy China adakan perkongsian strategik khusus dalam bidang ekosistem inovasi

KUALA LUMPUR: Susulan daripada Lawatan Sambil Belajar Tsinghua University, China ke Malaysia pada 23 hingga 28 Mei 2023 yang dianjurkan TusStar Malaysia lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melakukan perbincangan dan perkongsian strategik bersama Tsinghua University China khusus dalam bidang ekosistem inovasi.

Perbincangan dan proses berkongsi pengalaman itu melibatkan 30 pengasas dan eksekutif ijazah kedoktoran daripada perusahaan sains, teknologi dan inovasi, industri pembuatan, industri kewangan, bidang pelaburan ekuiti swasta, dan syarikat IoT di China.

Pada majlis berkenaan, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI, Dr. Nor Azlina Ariffin telah menyampaikan ucapan mewakili Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim.

Sesi perkongsian turut diadakan oleh Kelvinder Singh Maan dari MDEC dan Ng Karsin dari MRANTI di samping wakil-wakil syarikat swasta di Malaysia termasuk syarikat guaman.

Kemuncak kepada lawatan tersebut, mereka telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 26 Mei dengan turut dihadiri wakil-wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selain daripada MRANTI dan pemain industri Malaysia.

“Sesi makan malam tersebut sebagai satu platform untuk kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap ekosistem inovasi di Malaysia serta peluang untuk pemain industri kedua-dua negara dalam meneroka potensi kerjasama dan peluang perniagaan,” kata MOSTI dalam satu kenyataan.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 37 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 40 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat