Bursa Malaysia dibuka rendah sejak penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman di tengah-tengah kegiatan penjualan global, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.41 mata kepada 1,394.52 daripada 1,403.93 pada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks utama dibuka pada paras 1,400.82, turun 3.11 mata.

Pergerakan harga di pasaran negatif menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 316 berbalas 63, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 241.88 juta unit bernilai RM125.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terjejas oleh krisis perbankan yang merebak ke Eropah, dengan Credit Suisse Bank menjadi paling terkini dilanda tekanan kecairan.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 281 mata, manakala Nasdaq menambah enam mata apabila hasil 10 tahun AS berakhir lebih rendah pada 3.46 peratus.

“Di dalam negara, FBM KLCI meningkat semula semalam disebabkan pembelian secara meluas. Namun begitu, kami berpendapat ekuiti serantau dijangka menghadapi beberapa halangan hari ini kerana kebanyakan niaga hadapan utama diniagakan bercampur-campur ketika ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Februari yang berada dalam jangkaan telah menyuntik keyakinan yang Rizab Persekutuan AS (Fed) akan lebih bertolak ansur tehadap kenaikan kadar faedah minggu hadapan.

Justeru, beliau mengunjurkan bursa tempatan mungkin tidak terkecuali kerana indeks mungkin sekali lagi menembusi bawah paras 1,400 dengan 1,385-1,390 sebagai sokongan semerta.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank susut empat sen kepada RM8.31, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing turun tiga sen menjadi RM3.92 dan RM6.97, CIMB lemah lapan sen kepada RM5.15 dan TNB susut. dua sen kepada RM9.40.

Bagi saham aktif, Velesto Energy susut satu sen kepada 20.5 sen, Mestron Holdings dan Vinvest Capital turun setengah sen masing-masing mencatatkan 41 sen dan 22 sen manakala Hong Seng Consolidated dan PUC tidak berubah, kedua-duanya pada 15 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 71.34 mata kepada 10,190.03, Indeks FBM 70 susut 95.14 mata menjadi 13,073.90 dan Indeks FBMT 100 lemah 67.91 mata kepada 9,883.65.

Indeks FBM Emas Syariah pula merosot 65.41 mata kepada 10,493.95 dan Indeks FBM ACE menyusut 39.48 mata kepada 5,236.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 107.25 mata kepada 15,375.20, Indeks Tenaga susut 28.25 mata kepada 809.75, Indeks Perladangan lemah 26.58 mata kepada 6,695.73, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 mata kepada 168.63.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • September 25, 2024
    • 77 views
    Ringgit terus meningkat, RM4.14 berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi. Keadaan ini disumbangkan…

    • Pasaran
    • September 5, 2024
    • 147 views
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia