17 penerbit muzik menyaman Twitter sebanyak US$250 juta

LOS ANGELES: Gabungan penerbit muzik termasuk Universal Music Publishing Group, Warner Chappell Music dan Sony Music Publishing menyaman Twitter berhubung “pelanggaran hak cipta besar-besaran” yang melibatkan katalog muzik syarikat masing-masing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tujuh belas penerbit muzik yang memegang hak muzik daripada artis termasuk Drake, Taylor Swift dan Adele, memfailkan tuntutan mahkamah bersama di mahkamah persekutuan Tennessee. Mereka menuntut lebih daripada US$250 juta sebagai ganti rugi.

Mereka ialah ABKCO Music, Anthem Entertainment, Big Machine Music, BMG Rights Management, Concord, Hipgnosis, Kobalt, Mayimba, Peer, Reservoir Media Management, Sony Music Publishing, Spirit Music Group, the Royalty Network, Ultra Music Publishing, Universal Music Group Publishing, Warner Chappell dan Wixen.

X Corp milik Elon Musk yang memiliki Twitter merupakan defendan tunggal.

“Twitter berdiri sendiri sebagai platform media sosial terbesar yang enggan melesenkan jutaan lagu untuk perkhidmatannya.

“Twitter mengetahui sepenuhnya bahawa muzik itu dibocorkan, dilancarkan dan distrim oleh berbilion-bilion orang setiap hari di platformnya. Ia tidak lagi boleh berselindung di sebalik (Akta Hak Cipta Milenium Digital) dan enggan membayar penulis lagu dan penerbit muzik,” kata ketua eksekutif Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan David Israelite dalam satu kenyataan.

Sebagai reaksi kepada soalan mengenai tuntutan mahkamah itu, jabatan media Twitter memberikan emoji “najis” (poop) pada ruangan ‘auto-reply’.

Menurut The New York Times, Twitter baru-baru ini mempertimbangkan melesenkan muzik daripada tiga label utama, namun rundingan itu gagal selepas Musk mengambil alih syarikat itu.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation