Kuala Lumpur Bike Show 2023 bakal gegarkan PWTC pada 24 hingga 27 Ogos ini – Sasar jadi pameran motosikal utama Rantau Asia

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) anjuran Moventuum Sdn Bhd bersama Bayu D Enterprise Sdn Bhd (Majalah Roda-roda) secara rasminya dilancarkan.

Pengarah Urusan Moventuum Sdn Bhd, Farouk Nurish berkata KLBS’23 bukan hanya pameran berkaitan motosikal, tetapi merangkumi konsep gaya hidup seperti muzik, fesyen, dan hiburan yang berkaitan dengan aktiviti bermotosikal.

Farouk Nurish

Beliau berkata, acara itu akan berlangsung selama empat hari bermula 24 hingga 27 Ogos bertempat di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).

“Acara ini bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada motosikal tradisional tetapi juga basikal elektrik dan basikal.

“Kami akan mengadakan persembahan fesyen oleh Bon Zainal dan persembahan muzik oleh kumpulan Lagenda Rock Malaysia, Wings.

“Kami juga akan mengadakan perkongsian dan persembahan mengenai aktiviti berbasikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran KLBS’23 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Khairul Azmir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pusat Dagangan Dunia Putra KL, Mohd Yusri Junos, Pengarah Urusan Bayu D Enterprise Sdn Bhd, Dr Yusseri Yusof.

Mengulas lanjut, Farouk Nurish berkata, KLBS’23 turut menyasarkan untuk menjadikan ia sebagai satu pameran motosikal utama di Rantau Asia dan melibatkan pelbagai bahagian seperti pelancaran model baru dan inovasi, pembetangan topik berkenaan motosikal, pameran serta jualan motosikal, aktiviti luar serta pelbagai lagi.

“Direka untuk menarik penonton antarabangsa, KLBS ’23 akan menjadi acara utama di rantau ini untuk kenderaan dua roda.

“Kami bercita -cita untuk mengembangkan lagi acara ini pada tahun-tahun yang akan datang,” tambah beliau.

Dr Yusseri Yusof

Sementara itu, Pengarah Bayu D Enterprise (Majalah Roda-roda), Dr Yusseri Yusof berkata, KLBS’23 dalam acara sulungnya, menetapkan untuk mengambil tempat penting dalam industry sebagai platform yang penting bagi jenama dan pemain industri mempamerkan teknologi terkini berkaitan motosikal.

“Statistik mengenai motosikal elektrik menunjukkan terdapat potensi besar terutamanya dengan tumpuan baru-baru ini apabila kerajaan memberikan fokus kepada kenderaan elektrik (EV) dan rantaian bekalan yang berkaitan, itulah sebabnya kami telah memastikan EV dari pelbagai teknologi yang berbeza-beza dimasukkan di pameran kami,” katanya.

Datuk Ammar Abd Ghapar

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Ammar Abd Ghapar.

“Saya memuji penganjur untuk dedikasi dan kerja keras mereka dalam membawa acara ini sehingga Berjaya.

“KLBS adalah yang pertama seumpamanya di bandar kita, dan saya percaya ia berpotensi untuk menetapkan piawaian baru sebagai titik perhimpunan antarabangsa untuk peminat dua-roda ini.

“Ia turut menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan, merangsang aktiviti ekonomi, dan mewujudkan kesan positif dan berkekalan terhadap masyarakat setempat,” katanya.

Menurut satu laporan baru-baru ini, Malaysia kini merupakan pasaran motosikal ke -12 terbesar di dunia.

Pada tahun ini, jualan suku pertama motosikal adalah pada 167,549, naik 21.6 peratus. Sementara itu, segmen motosikal elektrik, walaupun dua kali ganda pada 105.7 peratus masih mewakili hanya 1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket mengikut kateogri ditetapkan, dengan antaranya bagi satu hari adalah RM38 untuk dewasa dan RM19 untuk kanak-kanan bawah 12 tahun, sementara untuk pas selama empat hari adalah RM68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

  • Coelho

    Related Posts

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

    Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

    KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia