Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan

  • News
  • June 26, 2023

SELAYANG: Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih kenali sebagai inspektor Sheila mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,” katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Sheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni pula, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 petang pada 15 Jun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh, manakala Anis Farhah Ahmad Hilmi pula menawarkan jaminan sebanyak RM3,000.

Guan Hock kemudian membenarkan Sheila dijamin sebanyak RM3000 dengan seorang penjamin manakala Nor Hafizah mengenakan jaminan sebanyak RM2,000.

Sementara itu peguam bela M Manoharan dalam rayuan pembelaan bagi diringankan wang ikat jamin, memohon supaya anak guamnya diberikan wang ikat jamin yang rendah atau dilepaskan dengan bon tanpa jaminan.

Manoharan berkata, anak guamnya yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik daripada Universiti Malaya, sudah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2016.

Peguam itu berkata, bapa tertuduh juga sudah berkhidmat selama 39 tahun PDRM dengan pangkat terakhir sebagai asisten superintendan dan adik tertuduh juga berkhidmat dalam PDRM.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    • July 4, 2025
    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital