Ringgit naik sedikit kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal pagi ini walaupun permintaan terhadap dolar AS semakin kukuh sebagai mata wang selamat berikutan kekecohan di Russia pada hujung minggu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6725/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6760/6805 pada penutupan Jumaat lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata kekecohan Russia pada hujung minggu memberi kesan kepada sentimen risiko kerana pelabur global masih bimbang dengan pengetatan monetari bank pusat.

Beliau berkata, sepanjang bulan lalu, ringgit mempamerkan prestasi yang lebih rendah berbanding rakan serantau ASEAN bersama-sama yuan China sambil menambah perkaitan ini mencerminkan hubungan perdagangan yang mendalam dan tumpuan penggubal dasar selalunya pada kadar silang ringgit-yuan China.

“Melihat pada renminbi pagi ini yang dibuka agak lengang ekoran jangkaan kelemahan sederhana dalam mata wang China dan tiada pemangkin yang jelas untuk meningkatkan aliran portfolio meskipun ringgit meningkat sedikit, kami menjangkakan belian ke atas dolar AS akan menurun,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain pada 5.9495/9578 daripada 5.9469/9527 pada penutupan Jumaat, rendah berbanding euro pada 5.0954/1024 daripada 5.0781/0830 tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2577/2627 daripada 3.2645/2680 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit turut diniagakan bercampur-campur.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4578/4628 berbanding 3.4568/4604 pada penutupan Jumaat dan merosot berbanding baht Thai kepada 13.2877/3115 daripada 13.2765/2950.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.40 daripada 8.38/8.40 pada penutupan Jumaat dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 311.4/312.1 daripada 311.7/312.2 sebelumnya.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • December 31, 2024
    • 57 views
    Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan hari terakhir 2024

    KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street. Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa…

    • Pasaran
    • December 31, 2024
    • 51 views
    Ringgit meningkat kepada RM4.45 berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    WeChat, Tiktok platform media sosial pertama terima lesen

    • January 2, 2025
    WeChat, Tiktok platform media sosial pertama terima lesen

    Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan hari terakhir 2024

    • December 31, 2024
    Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan hari terakhir 2024

    Bekas CEO Sapura dilantik sebagai Timbalan Presiden Sunway Group baharu bermula 2 Januari 2025

    • December 31, 2024
    Bekas CEO Sapura dilantik sebagai Timbalan Presiden Sunway Group baharu bermula 2 Januari 2025

    Ringgit meningkat kepada RM4.45 berbanding dolar AS

    • December 31, 2024
    Ringgit meningkat kepada RM4.45 berbanding dolar AS

    Samaiden disenarai pendek bangun loji solar skala besar di Pasir Mas, Kelantan

    • December 31, 2024
    Samaiden disenarai pendek bangun loji solar skala besar di Pasir Mas, Kelantan

    Abang Jo jangka pengambilalihan MASwings selesai suku pertama tahun depan

    • December 31, 2024
    Abang Jo jangka pengambilalihan MASwings selesai suku pertama tahun depan