Harga barang Ogos, Sept 2023 akan kekal dengan 2022 sekiranya inflasi terus menurun – Rafizi

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berharap kadar inflasi negara akan terus kekal atau menurun bagi membolehkan harga barang pada Ogos dan September pada 2023 sama dengan harga barang bulan yang sama pada 2022.

Menurutnya, kadar inflasi sekarang jauh lebih baik berbanding ketika Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Perikatan Nasional (PN) pada hujung tahun lepas.

Tegas beliau, kadar inflasi pada waktu itu naik mendadak, daripada 2 peratus sehingga lebih 4 peratus.

Keadaan itu menyebabkan kenaikan harga barang dari satu bulan ke satu bulan yang lain.

“Bila inflasi dah berada pada tahap 2 ke 2.5 peratus, harga itu (barang) naik sedikit sahaja dan hampir sama dengan harga pada tahun lepas.

“(Jangkaan inflasi, adakah akan terus turun?) Saya harap begitulah. Kalau Mei kadarnya 2.8 peratus, harap akan kekal atau mula turun pada Ogos dan September.

“Bila dah sampai 2.5 peratus, harga pada Ogos dan September tahun ini sama dengan tahun lepas. Itu usaha yang kita buat dalam bantu rakyat dari segi kos sara hidup,” katanya.

Tambah beliau, kadar inflasi Mei 2023 adalah yang terendah dalam setahun, mencerminkan trend harga yang semakin stabil berterusan.

“Penurunan inflasi bagi Mei 2023 juga menunjukkan kejatuhan menyeluruh merentas semua kategori perbelanjaan, menandakan penstabilan harga secara menyeluruh.

“Kadar inflasi yang stabil adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan agar ekonomi negara terus berkembang tanpa menyebabkan permintaan mendadak sehingga menyebabkan harga barang dan perkhidmatan tidak melonjak berterusan sehingga tidak terkawal,” ujarnya.

Jelasnya, penstabilan harga melalui penurunan inflasi yang menyeluruh dan berterusan adalah sebahagian dari strategi menyeluruh kerajaan menangani kos sara hidup rakyat agar tidak membebankan.

Goncalves

Related Posts

  • Ekonomi
  • January 20, 2025
  • 355 views
Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia catat rekod tertinggi perdagangan RM2.879 meningkat kepada 9.2 pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport melebihi…

  • Ekonomi
  • January 8, 2025
  • 307 views
Kerajaan perkenal insentif cukai istimewa tarik pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan kadar cukai korporat isitimewa 5% bagi tempoh sehingga 15 tahu menerusi pakej insentif cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat