Isu kompoun wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan selesai – Kor Ming

IPOH: Isu seorang peniaga wanita dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana berpakaian seluar pendek dianggap selesai.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihak berkuasa tempatan harus memahami intipati dan semangat Perlembagaan di dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Malaysia yang tercinta ini adalah negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Oleh kerana itu, kita harus mengamalkan sikap hormat menghormati.

“Kita perlu menghormati Islam dan juga yang bukan Islam juga perlu dibela, itu semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Ipoh, pada Sabtu.

Dalam masa sama, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) beranggapan tidak timbul isu campurtangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadiran kerajaan tempatan.

Kor Ming dalam pada itu turut mengingatkan pihak berkuasa tempatan agar jangan terlalu ghairah menguatkuasakan undang-undang sehingga melanggar batas Perlembagaan.
Beliau turut berharap agar perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Baru-baru ini, kecoh berita mengenai seorang wanita berusia 35 tahun yang menjalankan perniagaan pakaian, dikenakan kompaun kerana memakai seluar pendek paras punggung

Wanita itu dikompoun selepas satu pemeriksaan mengejut di kedainya dekat Jalan Merbau, Kota Bharu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin, menegaskan yang kompaun itu dikeluarkan penguatkuasanya mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 71 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 61 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH