SPRM siasat dakwaan rasuah di KLIA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memberi jaminan akan membuka siasatan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata agensi itu juga akan mendapatkan maklumat berhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, itu dalam tempoh terdekat.

“SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Pada Jumaat, terdapat laporan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Susulan itu, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu, malah mendakwa kehadirannya membongkar amalan rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara.

“Saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

“Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan daripada tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.

“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi laluan khas, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 24 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 28 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat