Freddie Fernandez kekal terajui Karyawan

SHAH ALAM: Datuk Freddie Fernandez kekal menerajui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi penggal 2023 hingga 2026.

Pemilihan Freddie diundi secara sebulat suara oleh ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Karyawan ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Freddie berkata, isu dan masalah membabitkan ahli-ahli persatuan akan terus diberi perhatian agar kebajikan mereka diperjuangkan.

“Karyawan akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi tabung supaya dapat meneruskan usaha menjaga hak dan kepentingan ahli.

“Isu royalti artis, masalah dihadapi artis rakaman, pemuzik kelab dan hotel, pemuzik dan artis jalanan atau buskers dan isu bayaran persembahan yang seringkali menyaksikan artis tempatan dipinggir berbanding artis luar negara perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain Freddie, pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif dibuat pada AGM kali ini termasuk pelakon Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Rozita Rohaizad (Setiausaha Kehormat), Kamal Kassim (Bendahari) dan enam Ahli Jawatankuasa iaitu Norshila Amin, Jude Singho, Don Guerzo, Putri Balqish Agalan, Helmi Gimmick serta Haniah Hassan.

Sejak tahun 2021, Karyawan menjalankan aktiviti kebajikan dan bantuan kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah akibat ketiadaan sumber rezeki.

Baru-baru ini beberapa usaha telah dilakukan untuk membantu dua artis yang mengalami penyakit serius iaitu Iskandar Spring dan Ibnor Riza.

Tambah Freddie, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya juga menyalurkan bantuan melalui Karyawan kepada ramai artis termasuk artis rakaman, kelab dan penggiat seni dari bidang lain yang merupakan ahli persatuan itu.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sentiasa menyokong usaha dan aktiviti ahli-ahli Karyawan,” ujarnya.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 64 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 58 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH