Menteri Menteri luar ASEAN iktiraf peranan penting AICHR dalam pembinaan komuniti ASEAN

  • News
  • July 12, 2023

JAKARTA: Menteri-menteri Luar ASEAN mengesahkan sokongan mereka terhadap usaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini, dan pembinaan Komuniti ASEAN.

Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu diketengahkan semasa Mesyuarat Suamuka Menteri Luar ASEAN dengan wakil AICHR, yang dihadiri Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn pada Selasa.

“AICHR juga menyampaikan kenyataannya dan menyerahkan Laporan Tahunan AICHR 2023 kepada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-56,” menurut kenyataan itu.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengetuai delegasi Malaysia ke AMM ke-56 dan Mesyuarat Berkaitan, dari Selasa hingga Jumaat (11-14 Julai) di Jakarta, Indonesia.

Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Nur Izzah Wong Mee Choo, memaklumkan bahawa Zambry juga akan menyertai Persidangan Pasca Menteri (PMC) bersama rakan dialog ASEAN.

Program lain termasuk Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Campur Tiga (APT FMM) ke-24; Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13; Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ); AICHR dan Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-30.

Perkara yang akan dibincangkan termasuk kemajuan pembangunan komuniti ASEAN, keutamaan dan hasil utama ASEAN di bawah Kepimpinan ASEAN oleh Indonesia, pelaksanaan kerjasama di bawah dasar Tinjauan ASEAN mengenai Indo-Pasifik (AOIP), dan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Zambry juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa rakan sejawatan dari negara-negara yang menghadiri AMM ke-56 bagi mengukuhkan hubungan dua hala serta memupuk persefahaman bersama dalam kalangan pemimpin dunia mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 70 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 65 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis