Gamuda beli syarikat hartanah Vietnam bernilai RM1.47 bilion

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mengumumkan cabang hartanahnya, Gamuda Land Sdn Bhd, bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Tam Luc Real Estate Corporation pada harga 7.2 trilion dong Vietnam (kira-kira RM1.47 bilion), sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Vietnam.

Bagi tujuan itu, sub-anak syarikat asing milik penuh Gamuda Land, iaitu Van Lam Investment Limited (Ltd) Company, Truong Tin Construction and Housing Trading Company Ltd dan Gamuda Land Nam Viet Investment Company Ltd memeterai perjanjian pemindahan saham dengan vendor, Nguyen Hong Giang, Nguyen Van Viet dan Dang Thi Dung, yang memiliki syarikat itu secara kolektif.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata pengambilalihan itu akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman (42 peratus) dan pinjaman (58 peratus).

Tam Luc Real Estate ialah syarikat induk yang memiliki projek di tanah seluas 3.7 hektar di Tam Luc City.

Projek itu adalah untuk unit-unit kediaman dan komersial.

“Cadangan pengambilalihan itu selaras dengan hasrat Gamuda Land yang menekankan projek-projek antarabangsa dalam portfolionya, yang menyumbang dua pertiga daripada jualan hartanahnya pada tahun kewangan 2022.

“Strategi ini telah menyaksikan kumpulan melalui prospek ekonomi yang mencabar bagi suku kebelakangan ini, menyediakan garis hasil yang stabil dalam keadaan sentimen yang lebih lemah dan turun naik mata wang dalam pasaran domestik,” katanya.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.1 bilion, cadangan pengambilalihan itu ditetapkan untuk menyumbang kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Coelho

Related Posts

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ancom Nylex Berhad, melalui anak syarikatnya Nylex Holdings Sdn Bhd, menandatangani satu terma tidak mengikat bagi penjualan sehingga 50 peratus kepentingan dalam Maxlive Sdn Bhd…

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Tan Sri (Sir) Francis Yeoh Sock Ping menerima mandat besar untuk terus menerajui Malayan Cement Berhad (MCB) selepas meraih sokongan hampir sebulat suara pada Mesyuarat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa